DUNIA lakonan dan kelekatan industri hiburan sering kali dikaitkan dengan pengiktirafan serta trofi anugerah sebagai tanda penanda aras kejayaan s.eseorang anak seni.

Bagi sesetengah pelakon, trofi dan genggaman anugerah di pentas prestij dijadikan lambang keutamaan serta pengabsahan bakat untuk terus kekal relevan.

Namun, senario berbeza dapat dilihat pada figura popular, Zul ­Ariffin yang membuktikan bahawa impak seseorang pelakon dalam industri bukan sekadar bersandarkan kepada deretan trofi semata-mata, sebaliknya menerusi kualiti naskhah, penerimaan penonton, dan kematangan dalam memilih hala tuju kerjayanya.

Enggan obsesi mengejar trofi itu melingkar seperti kata bidalan, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, Zul ­Ariffin, 40, berkongsi aspirasi dan ­relevansi semasa tentang dunia lakonan kepada wartawan Kosmo! Ahad, Mohd. Haikal Isa yang menjadi kian menjadi polemik sebilangan pemain industri termasuk anak wayang, peminat dan ‘orang’ produksi itu sendiri.