PUTRAJAYA – Pelakon Noorkhiriah menafikan dakwaan kononnya dia menghilangkan diri daripada radar dunia hiburan khususnya media sosial disebabkan masalah kesihatan, sebaliknya mengakui mahu memberikan lebih perhatian kepada keluarga.

Noorkhiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 50, berkata, keputusan untuk menyepi daripada media sosial dibuat bagi membolehkannya meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga namun menegaskan kerjaya seni masih berjalan seperti biasa

“Alhamdulillah sihat, hari ini Allah SWT keluarkan saya dari ‘gua’. Kalau saya sakit sekali pun, tolonglah doakan sebagai sesama Muslim.

“Anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Apabila sibuk dengan Instagram, kita boleh jadi leka.