GEORGE TOWN – Seorang wanita berusia 25 tahun ditemukan tidak sedarkan diri selepas setengah jam terperangkap bersama lima individu lain dalam sebuah lif yang terhenti di Blok B, Idaman Selasih, Bayan Lepas di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.55 malam.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru tiba di lokasi pada pukul 9.05 malam sebelum menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas.
“Pintu lif berjaya dibuka pada pukul 9.31 malam dan kesemua enam mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat.










