BAYAN LEPAS – Enam individu termasuk dua kanak-kanak terperangkap dalam sebuah lif yang terhenti di tingkat tiga, Blok B, Idaman Selasih, Lilitan Sungai Ara, di sini pada malam Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 8.55 malam itu, seorang wanita berusia 25 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri ketika terperangkap bersama lima lagi mangsa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru tiba di lokasi pada jam 9.05 malam dan menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu lif berkenaan."Usaha menyelamat berjaya dilakukan pada jam 9.31 malam apabila pintu lif berjaya dibuka dan kesemua enam mangsa dikeluarkan."Lima mangsa dilaporkan selamat manakala seorang wanita yang tidak sedarkan diri diberikan rawatan awal oleh anggota Persatuan Bulan Sabit Merah yang turut berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Tambah beliau, mangsa berusia 25 tahun itu kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang menggunakan ambulans PBSM untuk mendapatkan rawatan lanjut."Operasi menyelamat melibatkan enam anggota bomba dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT)."Selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 10.10 malam sebelum kawasan berkenaan diserahkan kepada pihak pengurusan bangunan untuk tindakan selanjutnya," ujarnya lagi.
Wanita tidak sedarkan diri terperangkap dalam lif

Key takeaways
Enam individu, termasuk seorang wanita 25 tahun, terperangkap dalam lif di Bayan Lepas dan diselamatkan selepas tiga puluh minit.
- Enam individu terperangkap dalam lif di tingkat tiga pada malam Sabtu.
- Wanita 25 tahun tidak sedarkan diri dan diberi rawatan awal oleh Bulan Sabit Merah.
- Operasi menyelamat berjaya dilakukan dalam masa tiga puluh minit.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Kosmo
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Renjatan elektrik: Mangsa melecur 80 peratus belum sedarkan diri
- Sinar Harian Wanita tidak sedarkan diri terperangkap dalam lif (this story)
- Utusan Malaysia Enam terperangkap dalam lif, seorang tidak sedarkan diri








