MELAKA – Seorang penghantar barang berusia 21 tahun maut selepas mengalami kecederaan serius di bahagian belakang kepala ketika menghadiri acara gig di sebuah kafe di Kampung Jawa, di sini, minggu lalu.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Melaka sejak 17 Oktober lalu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia pada 21 Oktober lalu, jam 3.53 petang.Menurutnya, susulan kejadian polis menahan 10 suspek berusia antara 18 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan."Untuk makluman acara itu tidak mempunyai permit daripada pihak polis mahupun kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)."Kes yang pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan.Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan.Terdahulu, tular di aplikasi Threads dakwaan seorang individu maut ketika menghadiri acara berkenaan di premis itu, selain mempersoalkan mengapa kafe terbabit masih beroperasi seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa berlaku.Bagaimanapun, pihak pengurusan kafe menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa mangsa tidak meninggal dunia di premis itu, sebaliknya di hospital ketika mendapatkan rawatan selepas terjatuh.Pengurusan kafe itu turut memaklumkan bahawa pihaknya telah beberapa kali hadir ke balai polis untuk memberikan keterangan dan membantu siasatan."Kafe kami bukan lokasi kejadian jenayah, jadi kenapa perlu ditutup? Untuk makluman, premis kami telah ditutup pada Ahad (18 Oktober) bagi membolehkan polis menjalankan siasatan."Selepas siasatan di premis selesai, polis membenarkan kami beroperasi seperti biasa," menurut komen pihak pengurusan kafe itu di aplikasi berkenaan.
Lima hari bertarung nyawa, penghantar barang maut selepas hadiri acara gig tanpa permit

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas cedera serius semasa menghadiri acara gig tanpa permit di Melaka.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kematian mangsa.
- Polis menahan 10 suspek berusia 18 hingga 25 tahun.
- Pengurusan kafe menafikan kematian mangsa di premis mereka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Kematian penghantar barang ketika acara gig diklasifikasi kes bunuh
- Sinar Harian Lima hari bertarung nyawa, penghantar barang maut selepas hadiri acara gig tanpa permit (this story)








