MELAKA : Kes kematian seorang penghantar barang berusia 21 tahun yang cedera parah ketika menghadiri persembahan muzik (gig) di sebuah kafe kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas, berkata kejadian berlaku Sabtu lalu pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan sebelum diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, perkembangan itu menyusul selepas mangsa disahkan meninggal dunia pada 21 Oktober lalu, empat hari selepas mengalami kecederaan serius di bahagian belakang kepala dalam kejadian pada 17 Oktober.
Katanya, pada hari kejadian mangsa yang yang bekerja sebagai penghantar barang dilaporkan cedera ketika berada di kafe berkenaan dan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).









