Ketua Polis Melaka Tengah Halim Abas berkata acara gig di sebuah kafe di Kampung Jawa itu dilaporkan tidak mempunyai permit polis atau kebenaran pihak berkuasa tempatan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Sepuluh ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang penghantar barang ketika menghadiri persembahan muzik (gig) yang dilaporkan tiada permit di sebuah kafe selepas diklasifikasikan kes bunuh.

Ketua Polis Melaka Tengah, Halim Abas, berkata kejadian Sabtu lalu itu pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan sebelum diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mangsa 21 tahun yang mengalami kecederaan serius di belakang kepala pada 17 Okt lalu disahkan meninggal dunia.