Melaka: Polis mengklasifikasikan semula kes berkaitan penghantar barang berusia 21 tahun yang sebelum ini cedera parah ketika melakukan aksi di sebuah persembahan muzik (gig) di kafe, di sini sebagai kes bunuh.
Ia selepas mangsa disahkan meninggal dunia pada 21 Oktober lalu, iaitu empat hari selepas kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, siasatan awal mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, dalam kejadian pada 17 Okt lalu, mangsa mengalami kecederaan di belakang kepala dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka untuk rawatan.









