Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan ahli politik elak kenyataan sensitif dan tidak menjadi jaguh atau batu api. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa terhadap salah urus Lembaga Tabung Haji (TH), selain sudah muak dengan kegiatan politik keterlaluan yang tidak mendatangkan hasil.
Baginda bertitah TH ditubuhkan bagi membantu umat Islam di Malaysia menabung untuk menunaikan ibadah haji di Makkah, justeru salah urus serta dakwaan penyelewengan tidak sepatutnya berlaku.
“Begitu juga, pengurusan dana yang diperuntukkan bagi tujuan keagamaan mestilah berlandaskan akauntabiliti dan tanggungjawab,” titah baginda sambil menegaskan bahawa prinsip sama turut terpakai kepada rumah ibadat semua agama dan rumah anak yatim.






%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F06%2F929a54d5ec2cc16a031a34bb60a4653c.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
