Penyandang DUN Sungai Udang, Dr Aleef Yusof anggap tindakan BN usaha mengambil kesempatan terhadap rakan strategik, PAS dan mahu jejaskan PN. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Penyandang DUN Sungai Udang dari Wawasan, Dr Aleef Yusof, berkata keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan calonnya di kawasan itu tindakan pembulian terhadap PAS dan Perikatan Nasional (PN).

Aleef menang kerusi itu sebagai calon Bersatu, namun mengumumkan kemasukannya dalam Wawasan pada 2 Okt, juga menyeru PN mempertimbang untuk bertanding solo pada PRN Melaka.

“Kepimpinan PN digesa supaya tidak terus membiarkan BN menentukan hala tuju politik tanpa mengambil kira kepentingan rakan strategiknya. Tiba masa PN mempertimbangkan bertanding solo sekiranya rundingan pembahagian kerusi tidak memberikan ruang sewajarnya kepada gabungan.