Aubrey Suwito (kiri) bersama Ernie Zakri, Syamel dan Shiha Zikir mengakhiri persembahan OSK with Aubrey Suwito: Pop Meets Symphony di Panggung Sari, Istana Budaya.KUALA LUMPUR: Selepas lebih tiga dekad menghasilkan lagu popular untuk penyanyi tempatan, Aubrey Suwito akhirnya diraikan sebagai figura utama persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).
Aubrey Suwito.Komposer berusia 60 tahun itu mencipta sejarah sebagai komposer tempatan pertama menerima penghormatan tersebut menerusi konsert OSK with Aubrey Suwito: Pop Meets Symphony di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 2 dan 3 Okt lalu.
Sebanyak 16 karya ciptaannya termasuk Gemilang, Seribu Impian, Memori Tercipta, Gemuruh dan Lebih Indah, dipersembahkan semula dalam susunan muzik simfoni.






%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F08%2F5c9146c82c00e38549a42e8237aae047.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
