SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas sembilan pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan wang pendahuluan diri dan tuntutan berjumlah RM15,288, antara 2022 hingga 2023.Mohd Nizam Ibrahim, 50, didakwa dengan curang menggunakan dokumen sebut harga, bayaran tunai dan resit bayaran tunai sebuah syarikat sebagai tulen walaupun mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen berkenaan adalah palsu.Dokumen itu dikemukakan kepada sebuah organisasi penyelidikan industri dan teknologi bagi mendapatkan wang pendahuluan diri dan wang tuntutan berkenaan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat organisasi berkenaan di daerah Petaling, antara 22 April 2022 hingga 2 November 2023 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Alimi Mustapha memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di Pejabat SPRM Selangor.Mohd Nizam yang tidak diwakili peguam memohon jumlah ikat jamin dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap berikutan hanya bekerja secara sambilan ketika ini serta perlu menanggung perbelanjaan perubatan isteri serta ibunya.Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan, melapor diri di pejabat SPRM Selangor setiap awal bulan bermula November ini serta menetapkan sebutan semula kes pada 7 Disember depan. - Bernama
Bekas eksekutif kanan GLC didakwa guna dokumen palsu tuntut RM15,288

Key takeaways
Seorang bekas eksekutif kanan GLC mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas sembilan pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk menuntut RM15,288 antara 2022 hingga 2023.
- Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda.
- SPRM memohon ikat jamin RM20,000 dengan syarat melaporkan diri sebulan sekali di pejabat Selangor.
- Tertuduh memohon pengurangan ikat jamin kerana bekerja sambilan dan perlu menanggung perbelanjaan perubatan keluarga.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Kosmo , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Updated
- October 28, 2026 at 7:30 AM UTC
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Dua bekas pegawai kanan TH didakwa tipu pembayaran hibah RM3.3 bilion
- Sinar Harian Bekas eksekutif kanan GLC didakwa guna dokumen palsu tuntut RM15,288 (this story)
- Free Malaysia Today Bekas eksekutif mengaku tak salah guna dokumen palsu tuntut RM15,000







