KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Badrul Hisham, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut mengarahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum pada hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman pemenjaraan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tingg.