JOHOR BAHRU: Tindakan tiga lelaki dan dua remaja perempuan yang beberapa kali menyewa penginapan di kondominium mewah sekitar bandar raya ini kononnya untuk 'berehat', akhirnya memakan diri apabila ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
JAINJ dalam satu kenyataan, berkata serbuan kira-kira jam 9.35 pagi hari ini, membabitkan dua lelaki berusia 23 tahun dan seorang berusia 16 tahun, manakala remaja perempuan berusia 16 serta 18 tahun.
"Tiba di rumah yang dituju iaitu di tingkat 11, pintu rumah dibuka selepas lima minit diketuk dan dibuka seorang lelaki yang memakai seluar jeans dan t-shirt.
"Penguat kuasa memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa, tiba-tiba lelaki itu cuba menutup semula pintu, namun berjaya dihalang," kata kenyataan itu.








