Johor Bahru: Tindakan tiga lelaki dan dua remaja perempuan yang beberapa kali menyewa penginapan di kondominium mewah sekitar daerah ini kononnya untuk 'berehat', akhirnya memakan diri apabila ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
JAINJ dalam satu kenyataan, berkata kelima-lima individu berkenaan tidak mempunyai sebarang ikatan mahram sama ada suami isteri mahu pun adik beradik tiri, dan menjelaskan perbuatan khalwat bukan sahaja antara seorang lelaki dan seorang wanita.
Menurut JAINJ, serbuan dilakukan kira-kira jam 9.35 pagi sebelum pihak penguat kuasa berjaya mendapatkan kerjasama daripada pengawal keselamatan selepas memperkenalkan diri dan menunjukkan waran.
"Tiba di rumah yang dituju iaitu di tingkat 11, pintu rumah dibuka selepas lima minit diketuk dan dibuka seorang lelaki yang memakai seluar jeans panjang dan t-shirt.










