Kuala Lumpur: Selepas bakal kehilangan khidmat Faisal Halim akibat kecederaan, kini giliran pemain naturalisasi, Bergson Da Silva pula mencetuskan kebimbangan buat Harimau Malaya.

Mesin gol Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengalami kecederaan ketika membantu pasukannya meraih kemenangan 3-0 ke atas Port FC dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Bergson hanya sempat beraksi selama tujuh minit selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-57 sebelum di keluarkan, namun dia sempat menyumbang satu gol buat Harimau Selatan dalam tempoh singkat itu.

Tahap kecederaan yang dialami penyerang berusia 35 tahun itu masih belum dapat dipastikan dengan ia sudah pasti mewujudkan kebimbangan dalam kalangan peminat JDT dan Harimau Malaya.