KUCHING - Polis menahan sembilan lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah kubur di Miri menerusi operasi khas dari 11 hingga 17 Oktober.Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak berkata, suspek berusia 16 hingga 73 tahun dengan tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau."Dua daripada tiga suspek itu juga baru dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman bagi kesalahan sama dan dipercayai merekrut rakan lain untuk terlibat memecah kubur," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.Saifullizan berkata, antara barangan dirampas bagi membantu siasatan ialah tukul besi, pemutar skru, pelbagai barang kemas, cincin, anting-anting, rantai, gelang tangan serta duit syiling lama.Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai melakukan kegiatan itu bermula 6 Ogos."Polis percaya 15 laporan kes pecah kubur di daerah Miri berjaya diselesaikan," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan. - Bernama
Polis tahan 9 individu disyaki terlibat kes pecah kubur di Miri

Key takeaways
Polis Sarawak menahan sembilan lelaki suspek pecah kubur di Miri melalui operasi khas pada Oktober 2024. Tindakan ini berjaya menyelesaikan 15 laporan kes dan merampas pelbagai barangan kemas serta alat pecah.
- Operasi khas dijalankan dari 11 hingga 17 Oktober 2024 di Miri.
- Suspek berusia 16 hingga 73 tahun, dengan tiga mempunyai rekod jenayah lampau.
- Barangan dirampas termasuk tukul, barang kemas, dan duit syiling lama.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Arab Saudi hukum mati lima individu terlibat keganasan
- Malaysiakini (BM) Kapal bawa 1.16 tan ketamin: Polis tahan pengarah syarikat, broker
- Sinar Harian Polis tahan 9 individu disyaki terlibat kes pecah kubur di Miri (this story)
- Malaysiakini (BM) Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes pecah kubur di Miri







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FZahidHamidi1_589064.png&w=480&output=webp&q=85&we)
