Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan 1.16 tan dadah jenis ketamin di atas kapal tangki MT Global 168, Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia 40-an kini direman tujuh hari bermula semalam bagi siasatan mengikut Seksyen 34 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata seorang daripada lelaki itu ialah pengarah syarikat Makmur Marine Petroleum Sdn Bhd iaitu pemilik asal kapal tersebut, manakala seorang lagi ialah ejen atau broker penjualan kapal itu.

"Siasatan awal mendapati kapal itu dibeli pada April lepas untuk tujuan penjualan semula selepas dibaik pulih bagi mendapatkan keuntungan.