PASIR MAS - TikTok menjadi antara saluran mempromosikan benih padi yang disyaki tidak sah apabila satu sindiket dikesan menawarkan sehingga 19 varieti menerusi akaun 'sahabatpadilegacy' sebelum urusan jual beli diteruskan melalui aplikasi WhatsApp.Kegiatan itu terbongkar selepas operasi penguatkuasaan di Kampung Bendang Baru, Pokok Sena, Kedah pada 23 dan 24 Oktober lalu membawa kepada rampasan 4.95 tan padi panjang kering yang disyaki diproses untuk dijadikan benih padi.Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Luqman Ahmad berkata, sindiket berkenaan menawarkan pelbagai varieti termasuk MD59, siri MR, CL dan varieti hibrid pada harga antara RM65 hingga RM120 sekampit.Menurut beliau, kegiatan itu dikesan menerusi risikan awal, sebelum pihaknya menjalankan pemantauan selama dua minggu dengan bantuan teknologi dron dari Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah."Sindiket ini dikesan memproses padi panjang kering menggunakan peralatan pengampitan sebelum membungkusnya dalam kampit putih tanpa label yang sah."Bekalan berkenaan dipercayai untuk dijadikan benih padi dan ditawarkan secara berterusan mengikut permintaan pelanggan di kawasan sekitar," katanya semasa sidang akhbar ketika mengadakan lawatan ke Kilang Padi Darul Naim Sdn Bhd, Mukim Tasek Berangan di sini pada Rabu.Jelas beliau, operasi 'Kampit Putih' yang bermula jam 9.30 malam pada 23 Oktober hingga 6 pagi keesokan harinya itu membabitkan sembilan pegawai Seksyen Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Kedah serta 12 anggota PDRM.Tambahnya, hasil serbuan, pihak penguat kuasa menyita barangan bernilai kira-kira RM9,000, termasuk 238 kampit padi panjang kering seberat 20 kilogram (kg) setiap satu dengan jumlah berat keseluruhan 4.95 metrik tan."Turut dirampas ialah enam blower, dua unit pengayak, dua unit penyedut padi, sebuah mesin pengampit, sebuah penimbang berkapasiti 50 kg dan 11 tong gas."Dokumen berkaitan siasatan, termasuk salinan kad pengenalan, Kad Pintar Pesawah serta surat perjanjian sewa dan pajakan bendang, turut disita," katanya.Luqman memberitahu, kesemua barang sitaan dipindahkan ke Gudang Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) Teluk Kechai untuk tindakan lanjut.Ujarnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).Tambah beliau, penjualan benih padi tidak sah boleh menyebabkan pesawah mengalami kerugian apabila benih dibeli tidak menepati varieti sebenar atau mempunyai kadar percambahan rendah kerana tidak melalui proses pengesahan makmal.Katanya, penggunaan benih tidak berkualiti turut berisiko menjejaskan keseragaman tanaman dan mengurangkan hasil tuaian, sekali gus memberi kesan kepada pendapatan pesawah.Beliau memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya menghentikan aktiviti pengeluaran, pemprosesan atau pembekalan benih padi tanpa lesen dan pengesahan sah."KPB tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar peraturan."Pesawah dinasihatkan supaya mem
Sindiket guna TikTok jual benih padi tidak sah tumpas, 19 varieti ditawarkan

Key takeaways
Sindiket yang menggunakan TikTok untuk menjual 19 varieti benih padi tidak sah telah ditumpaskan dalam operasi di Kedah. Pihak berkuasa merampas 4.95 tan padi panjang kering yang dipercayai diproses untuk dijadikan benih tanpa label sah.
- Sindiket menawarkan benih padi melalui akaun TikTok 'sahabatpadilegacy' dengan harga antara RM65 hingga RM120 sekampit.
- Operasi 'Kampit Putih' dijalankan pada 23 dan 24 Oktober lepas dengan bantuan teknologi dron PDRM.
- Sebanyak 238 kampit padi panjang kering dirampas, dengan jumlah keseluruhan barang bernilai kira-kira RM9,000.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Harga benih padi memang 'cekik darah' - PESAWAH
- Harian Metro Harga benih padi 'cekik darah'?
- Utusan Malaysia Salur subsidi benih padi kepada pesawah
- Utusan Malaysia KPB serbu premis jual padi benih tidak sah guna TikTok, WhatsApp
- Sinar Harian Sindiket guna TikTok jual benih padi tidak sah tumpas, 19 varieti ditawarkan (this story)









