KUALA LUMPUR - Kondominium yang mempunyai lapisan keselamatan berlapis, sewa menggunakan proksi serta berkomunikasi antara satu sama lain melalui pelbagai medium menjadi taktik sindiket minuman bercampur dadah.Taktik itu dibongkar menerusi sembilan serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur di Cheras, Brickfields, Dang Wangi di Kuala Lumpur serta Ampang, Selangor pada 19 hingga 22 Oktober lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, seramai 23 suspek berusia lingkungan 21 hingga 40 tahun termasuk empat wanita daripada tiga sindiket berlainan diberkas.Menurutnya, semakan mendapati 17 suspek ialah warga tempatan dan enam lagi warga asing yang dipercayai memainkan peranan antaranya sebagai dalang serta pengedar."Jumlah dadah yang dirampas ialah seberat 393.965 kilogram (kg) bernilai RM2.15 juta," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Beliau berkata, dadah yang dirampas antaranya membabitkan 966 peket plastik disyaki dadah jenis MDMA, 401 botol cecair disyaki MDMA, 40 peket disyaki ketamin serta 1,250 biji pil erimin 5.Tambahnya, bekalan dadah dipercayai dari luar negara sebelum menjalani proses pembungkusan di dalam premis.Dedahnya, sindiket mencampurkan dadah dalam botol minuman sebelum menjualnya dengan harga sekitar RM200 hingga RM300 sebotol di pusat hiburan atau pun pengguna di parti persendirian (private party)."Setiap peket dadah ini juga dipercayai dijual dalam harga yang sama (RM200 hingga RM300)."Bagi ketiga-tiga sindiket yang ditahan, dipercayai mereka mempunyai kaitan. Sindiket menyewa kondominium menggunakan proksi serta mempunyai tahap kawalan keselamatan yang berlapis," ujarnya.Tegasnya, polis akan terus mengesan semua peringkat sindiket termasuklah pembekal, pengedar, penyimpan hinggalah pengguna.Mengulas berkenaan suspek terbabit, katanya lagi, enam warga tempatan didapati memiliki rekod kesalahan lampau, manakala lima warga asing menggunakan pas lawatan sosial (PLS) untuk memasuki negara ini dan satu lagi warga asing tidak mempunyai PLS."Kita tidak berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dalam pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bongkar sindiket jual minuman dadah di pusat hiburan, 'private party'

Key takeaways
JSJN Kuala Lumpur membongkar tiga sindiket minuman bercampur dadah melalui sembilan serbuan di Kuala Lumpur dan Selangor pada Oktober lalu. Seramai 23 suspek ditahan dan dadah bernilai RM2.15 juta dirampas.
- Serbuan dilakukan di Cheras, Brickfields, Dang Wangi dan Ampang antara 19 hingga 22 Oktober.
- Sebanyak 393.965 kg dadah dirampas, termasuk MDMA, ketamin dan pil erimin 5.
- 23 suspek ditahan, terdiri daripada 17 warga tempatan dan enam warga asing.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Bongkar sindiket jual minuman dadah di pusat hiburan, 'private party' (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FZahidHamidi1_589064.png&w=480&output=webp&q=85&we)
