KEWUJUDAN rumah ibadat tidak berdaftar atau haram sering mencetuskan perdebatan hangat dalam masyarakat kerana ia secara terang-terangan menyentuh soal pelanggaran undang-undang, moral dan rasional di sebalik pembinaannya.
Kini, persoalan baharu muncul dan menjadi lebih serius apabila premis yang dipotretkan untuk tujuan keagamaan dipercayai disalahgunakan bagi melindungi kegiatan jenayah, termasuk penyimpanan bahan terlarang.
Ini rentetan kejayaan Polis Diraja Malaysia merampas dadah bernilai RM16.2 juta di sebuah rumah ibadat tidak berdaftar di Klang, Selangor. Apabila aktiviti melanggar undang-undang ini terbongkar sudah tentu mencetuskan persoalan mengenai modus operandi sindiket di sebalik pembinaannya.










