Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata tiada persefahaman rasmi dimeterai setakat ini, tetapi ia mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan daripada pihak lain yang mahu membantunya pada PRN Melaka.PETALING JAYA: PKR sah akan bertanding sembilan kerusi pada PRN Melaka bulan depan, kata Setiausaha Agungnya, Fuziah Salleh.

"Calon kita lebih kurang sudah dimuktamadkan, insya-Allah. Setakat ini, kita akan bertanding di sembilan kerusi dan Pakatan Harapan (PH) tentunya akan bertanding lebih banyak kerusi.

"Perkara paling penting bagi kita di Melaka adalah memastikan persiapan sudah dilakukan dan kita akan memberikan saingan yang sangat baik, insya-Allah," katanya menurut Berita Harian selepas Majlis Perasmian Jelajah Pameran Francais Antarabangsa Zon Selatan di Johor Bahru.