Kes mereka sertai kumpulan kumpulan terancang akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 7 Dis sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.PETALING JAYA: Sembilan ahli Geng Yunaa yang disyaki terlibat dalam pemerdagangan kanak-kanak untuk eksploitasi seks didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang.

Tiga daripada mereka, Lai Kok Hoe, Tham Yong Zhi, dan Seah Joon Kiat, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

Selain itu, turut didakwa Mohammad Joshua Salman, Mohd Amrul Naim Mohd Asbie Syaifullah Abdullah, dan Mohamed Amirul Mohamed Razali, manakala tiga lagi wanita, Nur Suhada Benjamin Abdullah, Nuraslinda Natasha Hanafi, dan Aiman Muna Mohamed Razali.