Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Ramkarpal Singh, berkata peguam ada hak mendapatkan maklumat daripada agensi yang menyiasat kes anak guam mereka.PETALING JAYA: Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Ramkarpal Singh menyeru Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberi penjelasan sama ada polis akan meneruskan siasatan terhadap tiga peguam mewakili keluarga Noorizwan Zulkefly, yang meninggal dunia dalam tahanan, awal bulan ini.

Beliau yang juga bekas timbalan menteri undang-undang, turut menuntut Ketua Polis Negara Khalid Ismail mendedahkan peruntukan undang-undang mana diguna menyiasat tiga peguam dari Lawyers for Liberty (LFL) itu.

Latheefa Koya, N Surendran, dan Dina Zamri telah disoal siasat lebih tiga jam di IPD Petaling Jaya dalam siasatan mengenai lawatan peguam dan keluarga berkenaan ke unit patologi Hospital Canselor Tunku Muhriz UKM bagi mendapatkan gambaran penemuan bedah siasat Noorizwan serta melihat foto kecederaannya.