SUNGAI PETANI – Seramai sembilan lelaki dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang iaitu Geng Suria antara 2024 hingga tahun ini.

Tertuduh, Thayalan, 28; Muhamad Rizwan Abd. Jalil, 28; B Saranraj, 38; G. Suria Prasad, 30; Kavines, 31; A. Tana Balan, 30; G. Sritharan, 39; A. Simon, 34; dan A. Suresh, 52, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim dan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Suria di rumah tidak bernombor, Jalan Sekerat, Pekan Lama, di sini antara Disember 2024 hingga April lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dilakukan di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimu