Sembilan lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, dikenali sebagai 'Geng Suria'. (Gambar Bernama)SUNGAI PETANI: Sembilan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, dikenali sebagai 'Geng Suria'.

Mereka ialah Thayalan, 28; A Tana Balan, 30; Muhamad Rizwan Abd Jalil, 28; G Sritharan, 39; B Saranraj, 38; A Simon, 34; G Suria Prasad (ketua), 30; A Suresh, 52, dan Kavines, 31.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil secara berasingan di dua kamar berbeza di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim dan Najwa Che Mat, kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.