PETALING JAYA – Hanya dua kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik, manakala 50 kawasan lagi merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana setakat pukul 11.45 pagi ini.
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kemaman, Terengganu mencatatkan bacaan IPU terendah iaitu 42, diikuti Kimanis, Sabah dengan bacaan 46.
Sementara itu, bagi kategori sederhana melibatkan Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kluang, Johor masing-masing merekodkan bacaan IPU tertinggi bagi kategori sederhana iaitu 97 diikuti IPD Serian, Sarawak (97), Segamat, Johor (89), Samarahan, Sarawak (88) dan Sibu, Sarawak (86).
Kawasan lain pada tahap sederhana melibatkan Seri Manjung, Perak (85), diikuti Larkin, Johor dan Tawau, Sabah masing-masing pada paras 82.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2Fa37058c3f4d98d64b755890e604b3290.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
