PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman meluahkan rasa syukur apabila selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Bella Astillah, menerusi sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka, semalam.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengakui berasa gementar sebelum melafazkan akad nikah, malah tangannya menggigil ketika berhadapan detik penting berkenaan.
Katanya, perasaan itu bagaimanapun hilang sebaik sahaja lafaz akad nikah disahkan oleh jurunikah, sekali gus membolehkannya memulakan kehidupan baharu sebagai suami kepada Bella.
“Bila ustaz katakan ‘sah’, itu adalah detik paling penting dan kegembiraan luar biasa itu memang tiada tandingan. Sejujurnya, sebelum ini gementar macam mana pun ketika debat di Parlimen, saya tiada masalah.






