Kajang: Pemilihan pengendali anjing dalam Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Penjara Malaysia bukan berdasarkan faktor agama dan jantina sebaliknya keupayaan serta keperluan perkhidmatan dengan keutamaan mereka yang bersesuaian, kompetensi dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab itu.
Ketua Unit K9, Penguasa Penjara Raznizal Razali berkata, anggota wanita diperlukan bagi memastikan penugasan Unit K9 dilaksanakan secara menyeluruh dan lancar terutama dalam tugas tertentu membabitkan pemeriksaan atau kawalan prospek (banduan) wanita.
Menurutnya, Unit K9 akan menawarkan kekosongan perjawatan dengan pemilihan anggota akan dinilai dan dipilih berdasarkan kelayakan, merit, kesesuaian, keupayaan fizikal, disiplin, komitmen dan potensi menguasai kemahiran pengendalian anjing.









