MADRID: Vinicius Jr memohon maaf kepada rakan sepasukan dan penyokong Real Madrid selepas dilayangkan kad merah ketika membantu pasukannya menewaskan Villarreal 1-0 dalam aksi LaLiga di Santiago Bernabeu.

Pemain antarabangsa Brazil itu kini menunggu keputusan jawatankuasa disiplin yang berkemungkinan menyaksikan dia terlepas aksi menentang seteru utama, Barcelona, di Camp Nou pada 25 Oktober ini.

Vinicius menyangka dia sudah menjaringkan gol kedua Real, namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati dia wajar dilayangkan kad merah kerana menarik rambut Nathan Saliba ketika gerakan serangan berkenaan.

Selepas perlawanan, Vinicius yang dimasukkan pada minit ke-52 sebelum dilayangkan kad merah 20 minit kemudian, memuat naik permohonan maaf menerusi media sosial.