LOS ANGELES: Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Los Angeles 2028 memperkenalkan "Stars Align" sebagai slogan rasmi temasya itu, yang menggambarkan pertemuan antara persiapan atlet selama bertahun-tahun dengan peluang untuk menyerlah di ibu kota hiburan itu.
Kempen itu dilancarkan hari ini menerusi video promosi berdurasi 60 saat yang diiringi lagu popular kumpulan Red Hot Chili Peppers, "Can't Stop". Video berkenaan memaparkan mercu tanda di selatan California, termasuk papan tanda Hollywood dan Balai Cerap Griffith.
Walaupun slogan itu membangkitkan gambaran kemewahan Hollywood dan imej cakerawala, Ketua Pegawai Pemasaran LA28, Alex Merchan berkata, jawatankuasa penganjur mahu mesej berkenaan mengubah persepsi moden terhadap takdir.









