KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memastikan kerjasama dengan Indonesia dalam menangani jerebu rentas sempadan diterjemahkan kepada langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang berkesan, bukan sekadar bergantung kepada saluran diplomatik.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, isu jerebu tidak seharusnya terus berulang setiap tahun tanpa penyelesaian konkrit yang mampu melindungi kesihatan rakyat dan menjamin kualiti udara.
Katanya, pendekatan diplomasi perlu disusuli tindakan yang boleh diukur, manakala penguatkuasaan pula mesti berasaskan bukti dan undang-undang.
“Diplomasi mesti menghasilkan tindakan yang boleh diukur, manakala tindakan penguatkuasaan mesti berasaskan bukti dan juga undang-undang,” di Dewan Rakyat, hari ini.










