KOTA BHARU: Kehadiran etnik Rohingya di Kelantan masih terkawal dengan jenayah yang berlaku hanya membabitkan sesama mereka dan bukannya dengan penduduk tempatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata hanya 8,021 penduduk etnik Rohingya di Kelantan yang semuanya adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

"Kehadiran etnik Rohingya di Kelantan masih terkawal dan kita sentiasa memantau mereka.

"Malah, jenayah yang berlaku membabitkan etnik berkenaan adalah dilakukan antara mereka, bukannya dengan penduduk tempatan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.