SANAA: Seorang komander Houthi terbunuh dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Yemen berhampiran Gunung Han di bandar Taiz, barat daya negara itu, menurut seorang pegawai pada Jumaat.

Jurucakap media Yemen, Fayyad al-Noman menerusi hantaran di platform media sosial X berkata, Abdulrahman Mohammed Sufyan Wajih al-Din yang dikenali sebagai Abu al-Karrar, terbunuh di tangan tentera kerajaan berhampiran Gunung Han.

Fayyad mengenal pasti komander Houthi yang terbunuh itu sebagai brigadier jeneral yang juga pengarah daerah Dhi al-Sufal di wilayah Ibb.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila kejadian itu berlaku atau memberikan butiran lanjut mengenai keadaan yang membawa kepada kematian komander berkenaan.