Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu memastikan kesilapan sama tidak berulang dan setiap keputusan pelaburan dinilai berdasarkan keperluan serta kemampuan ekonomi negara.(Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui pelaburan dalam projek pembangunan semula Battersea Power Station di London mengalami kerugian akibat nilai pelaburan awal yang terlalu tinggi.
Katanya, kerajaan menerima teguran Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) supaya lebih berhati-hati memilih pelaburan luar negara, khususnya membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Menurutnya, usaha memulihkan projek Battersea masih berjalan, namun pengalaman itu menunjukkan rasional pelaburan besar di luar negara perlu diteliti dengan lebih mendalam.







