PETALING JAYA: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut hari ini apabila bot rondaan dinaikinya terhimpit pada struktur konkrit ketika mengejar sebuah bot yang disyaki membawa pendatang asing tanpa izin (PATI).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pasukan Maritim Malaysia ketika kejadian sedang menjalankan operasi rutin kawalan sempadan berjaya mengesan pergerakan bot terbabit.
“Semasa insiden kejar-mengejar itu, bot Maritim Malaysia terhimpit pada struktur konkrit sehingga menyebabkan kecederaan, dan salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Saifuddin berkata kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini, termasuk di Selat Melaka dan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), menyifatkannya sebagai sebahagian risiko pekerjaan.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F05%2F6dc99e953a008489ed624b32254618ae.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
