KUALA LUMPUR: Pelakon Izara Aishah memohon maaf kepada penyanyi Indonesia, Lesti Kejora, selepas teguran terbukanya mengenai pasukan penyanyi itu mencetuskan salah faham hingga mengheret pihak lain yang tidak berkaitan.
Menerusi kenyataan di platform Threads, Izara yang juga menantu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata dia memutuskan untuk memadam hantaran terdahulu selepas menyedari tegurannya di media sosial mungkin mengguris perasaan Lesti.
Izara mengakui, dalam keghairahan menegur adab orang lain, dia terlepas pandang kepentingan menjaga adab sendiri ketika menyampaikan pandangan secara terbuka di media sosial.
"Kenapa saya memadam kenyataan peribadi saya mengenai pasukan Lesti? Kerana sudah terlalu banyak salah faham dan turut mengaitkan pihak yang tidak berkaitan.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2Fec2efc23f8e97434d5f5f6a6fa403035.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)