PETALING JAYA – Pelakon Izara Aishah memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi Indonesia Lesti Kejora berhubung hantaran Threads yang mendakwa pasukan penyanyi itu bersikap sombong.
Dalam masa sama, Izara, 34, sedar hantaran tersebut mencetuskan salah faham ramai pihak dan menyesali atas perbuatannya.
“Mengapa saya padam kenyataan peribadi saya tentang pasukan Lesti? Kerana sudah terlalu banyak yang salah faham dan terkait dengan pihak-pihak yang tidak berkaitan.
“Tegur adab orang tetapi lupa adab sendiri apabila menaip di media sosial. Terus terlupa juga adab itu bukan sahaja dari perbuatan bila berdepan dengan seseorang tetapi ju









