Setiausaha Agung Wawasan Saifuddin Abdullah berkata, Wawasan mahu bertanding pada PRN Melaka sebagai anggota PN, justeru segala urusan dibuat melalui gabungan pembangkang itu.PETALING JAYA: Rundingan Wawasan berkenaan PRN Melaka dibuat atas nama Perikatan Nasional (PN), dengan persefahaman bersama Barisan Nasional (BN) membolehkan pertukaran sesama kerusi penyandang atas sebab tertentu, kata setiausaha agungnya, Saifuddin Abdullah.

Saifuddin memberitahu FMT, Wawasan mahu bertanding pada PRN itu sebagai sebahagian daripada PN, justeru segala urusan termasuk rundingan kerusi dan penggunaan logo dibuat melalui gabungan pembangkang itu.

Menurutnya, perkara berkait agihan kerusi turut dibincangkan pada Majlis Tertinggi PN semalam.