Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, mengkritik tindakan mengaitkan pengimportan babi itu dengan titah sultan, sambil berkata isu berkenaan telah dijadikan kontroversi menggunakan maklumat tidak tepat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat menetapkan bahawa ternakan babi dibawa masuk dari Sarawak ke Selangor melalui Pelabuhan Klang hanya boleh diturunkan antara 8 malam hingga 5 pagi menggunakan sangkar khas.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, berkata haiwan ternakan itu dipindahkan terus ke lori untuk dihantar ke rumah penyembelihan di Rawang.

“Prosedur ini bertujuan memastikan pergerakan berjalan lancar, meminimumkan tempoh pengendalian dan mengurangkan risiko pencemaran.