KLANG: Sebanyak 3,200 babi hidup didakwa dibawa masuk ke Selangor setiap bulan sejak Julai lalu, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap pematuhan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan bekalan daging babi di negeri itu.
Pada Februari dan Mei lalu, Sultan Sharafuddin bertitah hanya daging babi sahaja yang dibawa masuk sebagai bekalan bagi memenuhi permintaan dalam kalangan masyarakat bukan Islam.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang, Abdul Rahman Kachil berkata, kira-kira 800 babi hidup dibawa masuk dari Kuching, Sarawak.
Ia tiba di Pelabuhan Klang setiap minggu sejak Julai lalu dengan menggunakan kapal sebelum dihantar ke sebuah premis dipercayai menjadi pusat penyembelihan.








