Noorizwan Zulkefly ditahan pada 19 Sept lalu dan ditempatkan di IPD Cheras sebelum dibawa ke HUKM pada 30 Sept dan disahkan meninggal dunia 1 Okt lalu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Ahli keluarga dan penyokong Noorizwan Zulkefly akan berarak ke Parlimen esok bagi menuntut keadilan atas kematiannya dalam tahanan polis serta mendesak penubuhan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis.
Perarakan anjuran Lawyers for Liberty (LFL) itu akan disertai keluarga dan rakan Noorizwan, pertubuhan masyarakat sivil, peguam serta rakyat prihatin. Mereka akan menyerahkan memorandum kepada ahli Parlimen bagi menuntut pihak berkaitan dipertanggungjawabkan.
Pengarah LFL, Rania Aljunied, berkata siasatan kes itu belum diklasifikasikan kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tiada pegawai polis digantung tugas atau ditahan selepas kematian Noorizwan dalam tahanan polis pada 1 Okt lalu.







