Mahkamah Majistret Seremban menetapkan sebutan semula kes bagi penyerahan laporan bedah siasat pada 22 Dis ini.PETALING JAYA: Suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditemui maut di sebuah kuarters kerajaan di Nilai didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan membunuh isterinya.
Utusan Malaysia melaporkan Khairudin Safi’ai, 39, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nurul Saqinah Rosli. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa membunuh Norhazwani Ibrahim, 35, di kediaman mereka di Kelompok 6 Kompleks Perumahan Penjawat Awam KLIA, Nilai, kira-kira 7 malam 15 Okt lalu.








