Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan mungkin mendatangkan kegusaran awam dalam satu video dimuat naik pada 11 Ogos 2025. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Representasi dikemukakan Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh bagi menggugurkan pertuduhan dalam kes mendatangkan kegusaran awam pada Disember 2025 ditolak pengarah pendakwaan negeri Pulau Pinang.

Pada 22 Ogos 2025, Akmal didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan itu dalam satu video Facebook dimuat naik pada 11 Ogos tahun sama. Beliau mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.