SHAH ALAM - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan lemas di parit hadapan sebuah sekolah di Pekan Simpang 5 di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.29 petang.Menurutnya, mangsa berusia 37 tahun yang juga pemegang kad OKU intelektual ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas diselamatkan orang awam di parit berkenaan."Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Md Yusof menjelaskan, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat lemas."Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," tambah beliau.
Lelaki OKU ditemukan lemas dalam parit depan sekolah

Key points
- SHAH ALAM - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan lemas di parit hadapan sebuah sekolah di Pekan Simpang 5 di sini pada Isnin.
- Menurutnya, mangsa berusia 37 tahun yang juga pemegang kad OKU intelektual ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas diselamatkan orang awam di parit berkenaan.
- Md Yusof menjelaskan, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat lemas.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Dua lelaki ditemukan lemas ketika mandi sungai
- Sinar Harian Lelaki OKU ditemukan lemas dalam parit depan sekolah (this story)
- Berita Harian Bayi lelaki ditemukan tertimbus dalam tanah di Kapit







