Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata kementeriannya memandang serius amalan mengenakan caj tambahan atau caj tersembunyi yang hanya dimaklumkan pada peringkat akhir urus niaga. (Gambar Envato Elements)PETALING JAYA: Pengguna mesti dapat melihat jumlah sebenar yang perlu dibayar pada setiap peringkat urus niaga, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Armizan berkata kementeriannya memandang serius amalan mengenakan caj tambahan atau caj tersembunyi yang hanya dimaklumkan kepada pengguna pada peringkat akhir sesuatu transaksi hingga menyebabkan harga yang perlu dibayar lebih tinggi berbanding harga yang dipaparkan atau diiklankan.