SHAH ALAM - Hala tuju kerajaan dalam menangani isu vape dipersoal susulan cadangan mengecualikan nikotin cecair daripada senarai racun yang dikhuatiri menjejaskan kesihatan awam.Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr L Sivanaesan berkata, cadangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad itu, seperti dilaporkan CodeBlue turut menimbulkan persoalan mengenai asas pertimbangan digunakan dalam menentukan dasar berkaitan produk berkenaan."Tindakan ini menimbulkan tanda tanya serius terhadap komitmen kerajaan dalam melindungi kesihatan awam."Justeru, kami menggesa Menteri Kesihatan untuk segera menjelaskan perkara ini dan menyatakan kewajaran dari sudut kesihatan awam bagi cadangan pengecualian berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurut Sivanaesan, Lembaga Racun sebelum ini menentang pengecualian nikotin cecair, namun kerajaan tetap meneruskan langkah berkenaan.Katanya, pada Mei lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan pengecualian itu selepas memutuskan keputusan berkenaan tidak rasional dan didorong oleh pertimbangan ekonomi.Beliau berkata, walaupun Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dikuatkuasakan, langkah kawal selia sahaja tidak memadai untuk menangani risiko kesihatan akibat penggunaan vape."Matlamat akhirnya mesti kepada pengharaman menyeluruh terhadap produk vape di seluruh negara," katanya.Dalam pada itu, Sivanaesan turut menjelaskan mengenai peningkatan penyalahgunaan peranti vape untuk mengambil bahan terlarang turut menjadi kebimbangan pihaknya.Katanya, peranti berkenaan bukan lagi sekadar dikaitkan dengan ketagihan nikotin, malah semakin disalahgunakan untuk mengambil bahan berbahaya dan terlarang.Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Julai lalu mendedahkan sebanyak 718.43 kilogram (kg) produk vape yang disyaki mengandungi bahan terlarang dirampas antara 2023 hingga Jun lalu, membabitkan 585 tangkapan dalam 400 kes."Penggunaan vape yang dicampur dadah berisiko menyebabkan ketagihan, komplikasi perubatan serius, meningkatkan tekanan terhadap perkhidmatan kesihatan serta menimbulkan kebimbangan keselamatan awam," ujar beliau.Tambah beliau, Dr Dzulkefly pada Jun lalu mengakui penemuan dadah sintetik berbahaya dalam produk vape memberikan asas kukuh untuk pengharaman di seluruh negara.Katanya lagi, Menteri Kesihatan itu juga pernah menyatakan pada tahun lalu bahawa pengharaman vape bukan lagi soal 'jika', tetapi 'bila', dengan sasaran pelaksanaan secara menyeluruh pada tahun ini.
MMA persoal hala tuju kerajaan tangani isu vape

Key takeaways
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia menolak cadangan kerajaan mengecualikan nikotin cecair daripada senarai racun, menuntut penjelasan dan menegaskan perlunya larangan menyeluruh vape.
- MMA menolak pengecualian nikotin cecair, menuntut penjelasan kerajaan.
- Mahkamah Tinggi telah membatalkan pengecualian tersebut pada Mei lalu.
- MMA menyeru larangan penuh produk vape di negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD DZULKARNAIN MOHD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian PRN Sarawak: WAWASAN bincang hala tuju bersama PN
- Malaysiakini (BM) Larangan Waze: Yeo persoal keupayaan TuJu saingi gergasi teknologi
- Free Malaysia Today Kerajaan tetap tempoh 12 bulan sebelum putus hala tuju nuklear
- Sinar Harian MMA persoal hala tuju kerajaan tangani isu vape (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMPfromParlitoday-AhmadYunusHairi1_648809.png&w=480&output=webp&q=85&we)