STRATEGI Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024–2028 merupakan manifestasi komitmen politik dan institusi yang jelas dalam memperkukuh tatakelola, integriti serta akauntabiliti negara.
Dilancarkan pada Mei 2024, strategi ini bukan sekadar kesinambungan kepada pelan terdahulu, tetapi satu pendekatan yang lebih tersusun, berfasa dan berpaksikan pelaksanaan yang boleh diukur.
NACS dibangunkan sebagai rangka kerja strategik menyeluruh yang mengintegrasikan pembaharuan perundangan, pengukuhan sistem, pemerkasaan pendidikan serta penglibatan sektor swasta dan masyarakat secara kolektif.
Setakat awal Oktober 2026, sebanyak 41 substrategi telah berjaya diselesaikan. Pencapaian itu bukan sekadar angka, ia mencerminkan kesediaan jentera Kerajaan untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan konkrit.








