JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua remaja perempuan berusia 14 tahun, penghuni sebuah pusat kebajikan yang didapati hilang sejak 25 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei, berkata remaja terbabit ialah Mina Chong Xin Yee dan Emily Chau Jing Xuan dengan alamat terakhir Holy Word Church, Jalan Harmonium 33/1, Taman Desa Tebrau, di sini.
Xin Yee berkulit cerah, memiliki rambut paras bahu berwarna coklat, bercermin mata serta ketinggian 165 sentimeter. Emily turut berkulit cerah, memiliki rambut menghampiri paras separuh pinggang serta ketinggian 163 sentimeter.
"Kedua-dua remaja itu hilang pada jam 8.30 pagi pada 25 Oktober lalu. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Amirul Fikrie Nik Zulkifli di talian 011-43968591," katanya.






