KUALA LUMPUR: Sejumlah RM20.271 bilion bayaran balik lebihan cukai pendapatan yang membabitkan 3.65 juta kes pembayar cukai telah dilunaskan sehingga 31 Oktober 2026.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM6.84 bilion dibayar balik kepada 3.4 juta pembayar cukai individu, manakala RM13.036 bilion kepada 206,234 pembayar cukai syarikat, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"Dalam melaksanakan pembayaran balik, kerajaan mengutamakan bayaran balik lebihan cukai kepada individu dan juga syarikat PMKS," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.






